Senarai Pakej Buffet Ramadhan 2022 Johor

 Jika anda berada di Johor, pasti anda mencari destinasi buffet Ramadhan Johor untuk tahun ini yang menyediakan pakej yang berbaloi dan serasi dengan citarasa anda. Kami sediakan banyak pilihan tempat berbuka yang pasti membuatkan anda rambang mata.

Sekali sekala berbuka di luar pasti memuaskan hati dan perut anda. Paling seronok bila dapat berbuka bersama keluarga dan sahabat handai. Bukan itu sahaja, anda juga akan berada di suasana yang meriah bersama umat Islam yang lain untuk berbuka. Situasi ini memang hanya dapat dirasai pada bulan mulia ini.

Tak perlu susah payah anda mencari tempat. Di sini kami ada sediakan senarai terkini (2022) untuk 30 destinasi buffet berbuka puasa di Johor yang boleh anda terjah untuk sesi iftar. Anda perlu pilih sahaja tempat dan menu yang anda mahu. Jom tengok senarai tersebut!


Berikut ialah senarai Pakej  Buffet Ramdhan untuk  berbuka puasa 2022 yang boleh anda terjah sekitar Johor:

Ramada Remidin Johor Bahru



Delish Restaurant akan mengadakan buffet Ramadhan dengan tema Citarasa Muhibbah. Paling menarik, mereka akan masak menu tradisional secara langsung di sana. Anda mempunyai lebih 80 pilihan menu enak jika berbuka di sini.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga early bird serendah RM 98 untuk dewasa dan kanak-kanak serendah RM 68. Harga ini sah sehingga 1 April sahaja.

No telefon: 07-531 8888

Lokasi: 5, Persiaran Medini Utara 3, Bandar Medini Iskandar, 79250 Nusajaya, Johor

Thistle Johor Bahru


Jom rasai pengalaman berbuka puasa dengan istimewa bertemakan Arabian Nights Buffet Dinner. Menu utama yang disediakan berkonsepkan selera timur tengah dan menu tradisi. Anda pasti suka dengan daging panggang rusuk barbeku, kibas panggang, putu piring, aneka cendol dan sebagainya.

Sambil menikmati juadah, anda akan ditemani dengan persembahan istimewa. Dapatkan harga promosi sebelum sebelum 2 April ini dengan harga RM 108 bagi dewasa manakala RM 68 untuk kanak-kanak.

No telefon: 07-222 9234 / 07-267 8999

Lokasi: Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor

Amerin Hotel Johor Bahru




Jika anda berbuka di sini pasti anda rambang mata kerana banyak pilihan menu yang ada. Menu utama yang dihidang akan bertukar setiap enam hari. Selain menu utama, mereka turut menyediakan pelbagai gerain dengan menu yang berbeza seperti gerai kambing panggang, gerai shellout, gerai gerai buah-buahan dan lain-lain.

Nak tengok kesemua menu? Layari laman Facebook Amerin Hotel Johor Bahru. Oh ya, harga yang ditawarkan adalah RM 99 untuk dewasa dan RM 69 untuk kanak-kanak.

No telefon: 07-2330333

Alamat: No, 35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Skudai, Johor

Capri by Fraser



Pakej buffet Ramadhan ini diadakan di tingkat 1, Caprilicious. Harga early bird? Sudah tentu ada. Dapatkannya sebelum 6 April 2022.

Pelbagai menu menarik akan disajikan seperti gerai BBQ yang menyediakan kambing panggang dan sharwarma, udang masak lemak cili api, aneka kerabu dan sebagainya.

No telefon: 607-277 0888

Lokasi: Menara Tiga Serangkai, Jalan Tengku Azizah, Kim Teng Park, 80300 Johor Bahru, Johor

DoubleTree by Hilton JB


Jom Jelajah Selera bersama Hilton yang akan bermula 3 April sehingga 2 Mei 2022. Harga untuk dewasa adalah RM 188 manakal kanak-kanak serendah RM 64 sahaja. Menu utama yang disajikan seperti assam pedas OxTail, lobster thermidor, tilapia bakar dan sebagainya. Layari laman web DoubleTree by Hilton Johor Bahru untuk mengetahui maklumat lanjut.

Lokasi: 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Forest City Golf Hotel



Jika anda ingin menempah baucer buffet Ramadhan di sini, tempahlah sebelum 31 Mac ini dan dapatkan harga serendah RM 98 untuk dewasa. Buffet ini berada di Tee-Off Restaurant, Forest City Golf Hotel.

Daging briyani, ayam golek, kambing bakar, sup utara dan lain-lain pasti menyelerakan anda. Paling menarik, jika anda penggemar durian, anda memang digalakkan untuk datang ke sini!

No telefon: +607-535 2300

Lokasi: Jalan Persiaran Golf 5, Forest City Golf Resort, 81550 Gelang Patah, Johor

Holiday Inn JB City Centre



Bertemakan Selera Warisan, sudah tentu menu utama yang disajikan adalah menu kesukaan rakyat Malaysia iaitu menu tradisi. Menu istimewa yang disajikan termasuk kambing golek warisan dengan 33 jenis herba, sup tanjung, oxtail asam pedas dan sebagainya.

Jika berkesempatan, jom grab harga promosi serendah RM 128 untuk seorang. Namun, baucer ini sah sehingga 4 April 2022 sahaja.

No telefon: 07-2078888

Lokasi: 80000, Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

KSL Hotel



Jom buka puasa di KSL Hotel yang akan diadakan di Infusion Cafe & Restaurant yang berada di aras bawah hotel ini. Urusan anda untuk menunaikan solat selepas atau sebelum berbuka pasti mudah kerana pihak hotel menyediakan ruang solat yang selesa.

No telefon: +6 07 2882688

Lokasi:  33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

Grand Paragon Hotel



Dengan tema Tradisi Warisan Paragon, anda akan berbuka dengan persembahan khas iaitu iringan angklung daripada Al Malik Bin Razali.

Jom dapatkan harga promosi sebelum 31 Mac 2022. Harga untuk dewasa adalah RM 95 manakala kanak-kanak serendah RM 45 sahaja. Layari laman web atau hubungi nombor tertera untuk dapatkan maklumat lanjut.

No telefon: +607-268 5255 / 5252 / 5222

Lokasi: 18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor

Impiana Hotel Senai



Nak berbuka dengan keluarga atau rakan pejabat? Hotel ini menawarkan promosi beli 5 tiket, dapat percuma 1 tiket yang boleh anda dapatkan sebelum 3 April ini! Antara menu yang pasti membuat anda terliur adalah ketam masak lemak, daging salai percik, udang sambal petai dan sebagainya.

No telefon: +60 16-713 4590

Lokasi: Jalan Impiana Senai Utama 2, Taman Impian Senai, 81400 Senai, Johor

Holiday Villa Johor Bahru City Centre



Jemput Makan Di Kampung Holiday Villa Johor Bahru merupakan konsep buffet Ramadhan kali ini yang tentunya menyajikan masakan kampung kegemaran semua. Juadah termasuk kambing golek nasi kebuli, kari kepala kampung De’Villa dan dodol.

Masih sempat untuk anda dapatkan harga promosi dengan harga RM 98. Harga ini sah sehingga 4 April sahaja. Jom ajak keluarga berbuka di sini!

No telefon: +607 2903367

Lokasi:  260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

Pulai Springs Resort Johor Bahru



Jika anda inginkan harga promosi untuk berbuka di sini, terdapat 2 harga promosi yang ditawarkan iaitu untuk diskaun pra-pembelian dan promosi minggu pertama. Hubungi nombor tertera untuk dapatkan maklumat lanjut.

Terdapat 150 pilihan juadah untuk anda seperti kari kambing 28 hari ala pulai, rusuk lembu masak hitam, mee kolok ala pulai dan seafood celop tepung. Uniknya berbuka di sini, anda boleh berbuka sambil dan merasai pengalaman ‘movie under the star’. Surau dan parkir turut disediakan buat anda.

No telefon: 016-733 2918 / 016-733 2919

Lokasi: 20km, Jalan Pontian Lama, Pulai, Johor

Four Points by Sheraton Desaru



Harga promosi yang ditawarkan adalah serendah RM 88 untuk dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas dengan kadar RM 44 sahaja. Harga ini sah sehingga 4 April 2022.

Lebih 100 juadah istimewa disediakan buat anda yang terdiri daripada menu tempatan dan menu antarabangsa. Ada makanan Arab, makanan laut, makanan barbeku dan sebagainya.

No telefon: 017 239 9163

Lokasi: Jalan Kempas 2, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Renaissance Johor Bahru



Buffet Ramadhan Johor Renaissance Johor Bahru menawarkan 3 harga promosi berbeza mengikut tarikh yang anda tempah. Diskaun akan diberikan jika anda ahli kelab Renaissance Johor Bahru, pemegang kad Maybank atau Standard Charted Malaysia.

Di sini lebih banyak pilihan makanan buat anda. Kesemuanya sebanyak 600 menu yang terdiri dari menu tradisi dan menu antarabangsa.

No telefon: 017 771 3327

Lokasi: 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor

GBW Hotel



Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi dengan RM 78 sahaja dan terhad sebelum 7 April 2022. Uniknya, buffet ramadhan kali ini bertemakan Citarasa Keluarga Malaysia. Sudah tentu juadah tempatan dan kontemporari ada untuk anda!

No telefon: +6016 710 0048

Lokasi: 9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor

Padu Steamboat & Grill

Jika anda mahukan menu berlainan sewaktu berbuka, steamboat dan grill sewaktu berbuka pasti menambah selera anda. Hubungi nombor tertera untuk dapatkan maklumat selebihnya!

No telefon: 019-676 7406

Lokasi: No 21, Jln PKY 3, Pusat Kormersil Yayasan, 85000 Segamat District, Johor

Berjaya Waterfront Hotel

Sekiranya anda berbuka di sini pula, pihak hotel menyediakan buffet dengat citarasa Indonesia. Ada kolak pisang, ayam betutu, asinan sayur bumbu, nasi liwet dan macam-macam lagi. Harga early bird serendah RM 66 sahaja. Cepat dapatkan sebelum 2 April 2022!

No telefon: 07-221 9999

Lokasi: 88, Jalan Ibrahim Sultan, Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor

Le Grandeur Palm Resort Senai

Jom berbuka dengan Gulai Kawah di Le Grandeur, Palm Resort Senai! Pasti tak mengecewakan dapat berbuka dengan keenakan gulai kawah. Jika anda membeli 10 voucher buffet, anda akan menerima 1 voucher percuma! Cepat, hubungi nombor tertera atau layari laman web mereka.

No telefon: 011 6194 6091

Lokasi: Jalan Persiaran Golf, Off Jalan Jumbo, 81250 Senai, Johor:

Amari Johor Bahru

Amaya Food Gallery salah satu buffet Ramadhan Johor yang anda perlu juga. Berkonsepkan Irama Warisan Buffet Buffet Dinner, sebanyak lebih 200 pilihan menu yang terdiri daripada makanan tradisi, Asia, India dan makanan barat yang boleh anda cuba.

Harga promosi yang ditawarkan adalah RM 98 untuk dewasa, RM 74 untuk warga emas dan RM 49 untuk kanak-kanak. Cepat dapatkan voucher ini sebelum 5 April 2022!

No telefon: +607 266 8888

Lokasi: 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Hotel Sentral Johor Bahru

Citarasa Masakan Tradisi Melayu merupakan tema buffet ramadhan untuk kali ini. Antara sajian yang pasti menyelerakan anda adalah kambing bakar madu, gulai kawah asam pedas tetel, nasi kabuli dan nasi briyani.

Tempahan untuk harga promosi sudah bermula dan akan tamat pada pada 4 April. Hanya RM 40 untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak dan warga emas. Cepat, dapatkannya!

No telefon: 07 – 222 7788

Lokasi: 17, Jalan Tenteram, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor

GoodHope Hotel

Jika sempat, jangan lepaskan peluang untuk membeli baucer promosi serendah RM 50 yang sah sehingga 1 April 2022 sahaja. Kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah dapat makan secara percuma. Nak pakej buffet raya pun mereka turut sediakan dengan harga yang berbaloi!

No telefon: 07-557 2828

Lokasi: No.1, Jalan Ronggeng 5, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor

Hotel Seri Malaysia

Harga yang ditawarkan oleh Hotel Seri Malaysia serendah RM 50 sahaja dan anda boleh dapatkannya sebelum 2 April 2022. Selepas dari tarikh ini harga akan kembali normal. Jom berbuka di Kafe Rasa Rasa, Hotel Seri Malaysia!

Oh ya, anda pasti nak tahu menu istimewa yang ada. Menu utama adalah kambing panggang bbq, sup gear box, steamboat dan pelbagai menu tradisi. Banyak juga gerai yang disediakan mengikut tema makanan.

No telefon: +607-2211002/003

Lokasi: LOT PTB 17648, Jalan Langkasuka, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

Meat Cartel Bandar Dato Onn Jay Bee

Rindukan makanan barat sewaktu berbuka? Anda memang perlu datang ke sini kerana menu utama yang disediakan adalah smoke American BBQ dish. Jangan risau menu tradisional dari resepi turun temurun pun ada.

Ruang wudhuk dan ruangan solat turut disediakan untuk memudahkan anda! Tunggu harga promosi ke tu? Sudah tentu ada dengan 10% diskaun untuk yang terawal!

No telefon: 017 948 7188

Lokasi: 29,1 4, Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

TROVE Johor Bahru

Rindu dengan air tangan ibu? Ha bertepatan dengan tema Dari Dapur Bonda, pelbagai juadah menarik akan disajikan untuk anda. Antaranya nasi kandar, laksa johor, bubur kacang hijau durian dan ayam percik. Dengar menu sahaja dah buat kita terliur. Lekas hubungi nombor tertera untuk dapatkan maklumat lanjut.

No telefon: 016 723 1917

Lokasi: Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor

Hard Rock Hotel Desaru

Hard Rock Hotel yang berada di Desaru juga tidak ketinggalan dalam menyediakan pakej buffet yang menarik. Menu utama yang disediakan sudah pasti makanan tradisi. Selalunya, antara yang menjadi tumpuan di sini adalah aneka sambal. Nak tau kenapa? Anda perlulah berbuka di sini!

No telefon: +6012-738 8247 / +6012-738 8243.

Lokasi: Jln Pantai 3, 81930 Bandar Penawar, Johor

Tunamaya Beach & Spa Resort

Tunamaya Beach & Spa Resort juga menyediakan buffet ramadhan dengan tema Selera Ibunda Malaysia 2022. Makanan utama yang disajikan sudah pasti makanan tempatan dan tradisi.

Antara menu yang jadi tumpuan adalah nasi kerabu, laksa kuah putih, nasi ambeng, kambing bakar herba, murtabak dan Penang char kuey teow. Banyak juga menu yang menyelerakan ya?

No telefon:  016 772 7352 

Lokasi: 81930 Bandar Penawar, Johor

The Els Club Desaru Coast

Jom ajak keluarga dan rakan-rakan berbuka dengan istimewa di The Els Club Desaru Coast yang bertemakan Selera Kampung. Pakej ini diadakan bermula 7 April sehingga 30 April 2022. Harga promosi ditawarkan adalah RM 88. Namun anda perlu dapatkannya sebelum 21 Mac 2022.

No telefon: +6012-766 9427

Lokasi: Darul Ta’zim, 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

Hotel Granada Johor Bahru

Mungkin Restoran Olla di Hotel Granada Johor Bahru menjadi destinasi berbuka anda bersama yang tersayang. Dengan tema Nostalgia Selera Kampung, lebih 40 menu menarik disediakan untuk anda. Hidangan utama sudah tentu kambing golek.

Lakukan pembelian baucer dengan awal sebelum 31 Mac untuk dapatkan harga early bird serendah RM 68 untuk dewasa dan RM 48 untuk kanak-kanak.

No telefon: 017-799 8413

Lokasi: 55, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

Sunway Hotel Bix Box

RM 108 ditawarkan buat anda yang membeli voucher sebelum 4 April 2022. Harga tersebut untuk dewasa manakala harga untuk kanak-kanak RM 54 sahaja. Jika anda ingin mengetahui tentang menu yang akan disajikan, hubungi nombor di bawah.

No telefon: 07 5336653 / 0127391750

Lokasi: : Persiaran Medini 5, Sunway City, 79250 Nusajaya, Johor

Fraser Place Puteri Harbour

Buffet Ramadhan di sini bertemakan Dari Dapur Fraser yang akan diadakan bermula 8 April sehingga 1 Mei 2022. Jika anda datang dengan kelompok yang ramai iaitu dengan 10 pembelian voucher, 2 voucher percuma akan anda peroleh! Lebih jimat dan berbaloi!

No telefon: 013 778 6821

Lokasi: Residensi & Hotel Marina, Jalan Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Nusajaya, Johor

Banyak juga destinasi buffet Ramadhan Johor yang mempunyai harga berpatutan. Menu-menu yang ditawarkan melalui laman web tempat tersebut juga kelihatan enak dan pasti buat anda terliur. Pakej pula sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan!

Jika anda berminat dengan destinasi buffet yang kami senaraikan ini, lekaslah membuat tempahan sebelum terlambat. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga early bird untuk penjimatan berganda. Harga ini diberikan untuk anda yang terawal mengikut tempoh tertentu. Selamat berpuasa dan selamat berbuka!


Sumber : Saji.com.my

Catat Ulasan

0 Ulasan