9 Sebab Cuti Rehat Khas (CRK) Hanya Untuk Guru

 

Secara umumnya Cuti Rehat Khas (CRK) ini diperuntukkan sebanyak 10 hari dalam setahun.

Cuti ini tidak boleh dibawa kehadapan jika tidak habis digunakan, tetapi boleh dikira untuk mendapat Gantian Cuti rehat (GCR ). 

Gantian Cuti Rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Kelayakan Cuti Rehat Khas ( Guru )

Pegawai yang layak diberikan Cuti Rehat Khas adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal/semester di sekolah atau institusi pendidikan.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan selain yang dinyatakan di perenggan 6 atau diperuntukkan kemudahan Cuti Rehat adalah tidak layak Cuti Rehat Khas.

Kemudahan Cuti Rehat Khas juga dipanjangkan kepada:
(a) Guru Sandaran/Guru Interim; dan
(b) Guru Kontrak.

Peraturan dan Syarat

Pihak yang meluluskan hendaklah memastikan "pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas". 

Terma dan syarat ini memang termaktub dalam pekeliling, dan sebagai penjawat awam yang bertugas sebagai ( guru atau golongan tenaga pengajar) harus memahami dan meneliti frasa ini sepenuh hati.

Senarai Permohonan Cuti Rehat Khas Yang Boleh Dipertimbangkan :

1. Menziarahi ahli keluarga terdekat ( suami,isteri yang sah, anak-anak dan ibu bapa kandung pegawai yang sedang sakit tenat atau meninggal dunia.

2. Mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan.

3. Menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai.

4. Kecemasan dan kemalangan seperti kebakaran dan banjir.

5. Menghadiri majlis Konvokesyen ( diri sendiri, anak, suami/isteri ).

6. Mendaftar anak ke IPT (di dalam atau di luar negara) / sekolah asrama penuh .

7. Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi.

8. Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus

9. Perkahwinan pegawai atau anak pegawai

Pihak yang meluluskan Cuti Rehat Khas hendaklah memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tidak terjejas.

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pelaksanaan Cuti Rehat Khas bagi menambah baik peruntukan sedia ada yang dinikmati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah dan institusi pendidikan.

Muat Turun : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2017

Catat Ulasan

0 Ulasan