"Front of the Class" adalah filem yang sangat memberikan inspirasi.
Setelah menontonnya, kami sangat terkesan dengan watak yang dibawa oleh watak Brad Cohen.
Dia menghidap penyakit aneh yang disebut Tourette Syndrome. Sindrom tersebut membuatkan beliau bersuara dengan tiba-tiba dan mengalami kekejangan.
Semasa kecil, rakan sekelasnya selalu membuat lelucon mengenainya. Dia sangat sedih dan tidak mahu berada di sekolah. Suatu hari, guru besarnya memberi semangat kepadanya. Cohen akhirnya memutuskan untuk menjadi guru seperti guru besarnya.
Selepas tamat pengajian, dia menerima 25 temuduga sebelum akhirnya sebuah sekolah menerima dan menawarkan pekerjaan kepadanya. Dia bekerja keras dan sentiasa menjaga murid-muridnya. PdPnya sangat menarik sehingga murid-muridnya begitu teruja ketika di dalam kelas. Beliau turut menerima beberapa kali anugerah guru sepanjang menyumbangkan perkhidmatannya.
Filem ini betul-betul memberi pengajaran, dan banyak yang boleh dipelajari daripadanya. Cohen sentiasa optimis dan tetap kuat berusaha. Biasanya, seseorang itu akan kecewa dan tawar hati setelah gagal mencari pekerjaan selepas tiga atau empat ditemuduga. Namun, Cohen terus menghadiri temuduganya satu persatu dan gagal sebanyak 24 kali. Beliau akhirnya berjaya dalam temuduga yang ke-25.
Oleh penyakitnya itu, dia menghadapi banyak kesulitan dalam hidup, tetapi dia tetap menikmati pekerjaannya dan tetap bahagia setiap hari.
Antara kata-kata yang dapat dipetik daripda filem berkenaan ““Never let anything stop you from chasing your dream. You can’t develop bad habits or be addicted to playing computer games or watching TV series that will prevent you from achieving your goals.” "
Tontonya sekarang!
0 Ulasan