Apakah yang dimaksudkan dengan Angkasa (Bukan Pinjaman) itu?
Merujuk kepada Arahan Operasi yang boleh diperoleh daripada laman web Jabatan Akauntan Negara di SINI, arahan tersebut ada menyebut berkenaan perkara di atas.
Makluman ini adalah berkaitan dengan kekeliruan yang dihadapi oleh pegawai apabila Penyata Gaji memaparkan 2 kod potongan Angkasa iaitu Angkasa dan Angkasa (TIADA KENAAN CAJ) pada bulan Julai 2013 yang lepas.
Mulai gaji bulan Oktober 2012 Kerajaan telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi kepada 17 buah agensi potongan berdasarkan peruntukan Perintah FI (Kemudahan Potongan Gaji Pegawai Awam Persekutuan) 2011 Akta Fi 1951.
Sekiranya sesebuah agensi potongan tidak bersetuju untuk dikenakan caj RM1.00, agensi terbabit perlu mendaftar terus di bawah agensi Angkasa. Mulai bulan Julai 2013 juga, kenaan caj telah mula diperluaskan kepada agensi Angkasa.
Terdapat pelbagai jenis potongan didaftarkan di bawah agensi Angkasa seperti potongan berbentuk pinjaman, kelab, simpanan, insuran dan sebagainya.
Hanya potongan berbentuk pinjaman sahaja yang dikenakan caj. Dijelaskan di sini bahawa kenaan caj RM1.00 adalah dikenakan ke atas AGENSI dan bukan ke atas individu.
Bagi individu yang mempunyai potongan Angkasa, amaun yang dipotong pada bulan Julai 2013 adalah sama seperti bulan sebelumnya kecuali jika ada perubahan amaun potongan yang dibuat oleh pegawai. Bezanya adalah potongan tersebut telah dikategorikan kepada pinjaman + kelab/simpanan/insuran ATAU kekal di bawah potongan berbentuk pinjaman ATAU potongan berbentuk kelab/simpanan/insuran.
Kategori potongan hanya diketahui oleh pihak agensi Angkasa sahaja. Pihak JANM hanya membantu untuk memproses potongan setiap bulan ke atas individu.
Oleh yang demikian paparan pada penyata gaji bulan Julai 2013 telah dipaparkan sebagai Angkasa dan Angkasa (TIADA KENAAN CAJ).
Bagi mengelakkan kekeliruan, sekali lagi pada gaji bulan Ogos 2013, Penyata Gaji pegawai akan memaparkan perihal Angkasa yang bermaksud pinjaman atau Angkasa (bukan PINJAMAN) yang bermaksud sama ada kelab, simpanan atau insuran.
Di harap penjelasan ini dapat membantu pihak tuan/puan yang masih keliru dengan paparan kod potongan Angkasa di ruangan Penyata Gaji.
Sumber: Arahan Operasi ANM
0 Ulasan